70 tahun PAS bertapak di Kelantan

Oleh Lanjusoh


KOTA BHARU:  Pada Oktober ini genap 70 tahun penubuhan PAS di Kelantan setelah berdaftar secara rasmi pada 1955.

Dan selepas empat tahun PAS bertapak di Kelantan,  parti itu berjaya mentadbir kerajaan negeri pada pilihan raya umum (PRU)  1959.

Kerajaan PAS bertahan sehingga pilihan raya negeri pada 1978 setelah kerajaan pusat yang diketuai  Barisan Nasional mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1977.

PAS hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)  pada pilihan raya negeri 1978.

Bagaimanapun hasil program tarbiah secara tersusun dan berterusan membolehkan PAS sekali lagi berjaya mentadbir Kelantan melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU 1990.

Sehubungan itu pada 24 Oktober ini program sambutan 70 tahun PAS Kelantan akan diadakan bermula pagi sehingga tengah malam. 

Program tersebut juga serentak dengan sambutan ulangtahun 35 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI). 

Sambutan kemuncak bermula dengan kuliah pagi Jumaat Perdana di Medan Ilmu diikuti perasmian sambutan 70 tahun,  himpunan muslimat,  pertandingan pidato istiqamah.

Selain itu alam Ria Pasti,  himpunan ulama,  himpunan anak muda dan berakhir dengan ceramah perdana membariskan pemimpin utama Perikatan Nasional. 



Ketua Penerangan PAS negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata,  sebelum itu sambutan serupa diadakan di 14 kawasan parlimen di seluruh Kelantan. 

Katanya, program terbabit diadakan bermula Julai sehingga Oktober melibatkan pelbagai aktiviti termasuk jamuan rakyat,  wacana pengkisahan tokoh,  pameran,  solat hajat,  munajat dan ceramah umum. 

"Program serupa juga diadakan di peringkat Dewan Ulamak, Dewan Pemuda,  Dewan Muslimat,  Sidang Assabiqun dan Dewan Himpunan Pendukung PAS, " katanya di sini. 

Selain itu turut dianjurkan Fun Run 70 tahun PAS Kelantan,  konvensyen, seminar,  pameran dan pelbagai lagi.

Post a Comment

0 Comments