KOTA BHARU, 30 Julai 2025 – YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob menegaskan bahawa warga emas perlu dilihat sebagai aset kepada masyarakat, bukan beban. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Hari Warga Emas 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh penghargaan kepada golongan tersebut.
Ahmad Yakob yang juga ADN Pasir Pekan menekankan kepentingan memuliakan warga emas yang kaya dengan pengalaman dan panduan hidup. Katanya, tanggungjawab menjaga kebajikan warga emas harus terus dipikul oleh generasi muda dengan rasa hormat dan kasih sayang.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil jabatan, pemimpin masyarakat, sukarelawan dan warga emas dari pelbagai kawasan. Kehadiran mereka menyerlahkan nilai kekeluargaan dan saling menghormati dalam masyarakat.
Program seperti ini diharap dapat terus memberi ruang kepada warga emas untuk dihargai serta memperkukuh hubungan antara generasi.


0 Comments