Penyokong PH cedera emosi ‘Turun Anwar’ dapat sambutan

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Himpunan rakyat yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini bukan tindakan menolak demokrasi, sebaliknya teguran rakyat demi masa depan Malaysia lebih baik.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, himpunan itu bukan soal siapa makan jasa atau menerima gaji kerajaan. 

Katanya, puluhan ribu rakyat hadir himpunan ‘Turun Anwar’ kerana kesedaran mereka untuk membina negara ke arah lebih baik.

“Tindakan menegur kerajaan tidak seharusnya disalahertikan sebagai tidak mengenang jasa, sebaliknya ia merupakan manifestasi keprihatinan rakyat terhadap keadaan negara,” katanya di sini.

Himpunan ‘Turun Anwar’ pada Sabtu lepas menyebabkan penyokong Pakatan Harapan (PH) kepanasan sehingga mereka menganggap sebagai ‘tidak kenang budi’.

Mohd Firdaus berkata, setiap rakyat berhak bersuara apabila pemimpin kerajaan memungkiri janji, melaksanakan dasar yang menekan dan urus tadbir pincang.


Menurut beliau, naratif yang dibawa penyokong PH dianggap bersifat naif yang menggambarkan ketumpulan idealisme politik yang kononnya terbuka dan progresif.

“Jangan cedera emosi melihat kehadiran yang ramai, lalu mencipta naratif khayalan untuk menyedapkan hati. Sesiapa sahaja boleh bersama kami, hatta penganut PH kerana himpunan tersebut demi pentadbiran Malaysia lebih baik,” kata beliau.

Post a Comment

0 Comments