Evolusi Sains & Seni Kepimpinan Future Leaders

Oleh: Ahmad Fakhrurrazi Yahaya

Saya cemburu dengan peluang seperti ini. Sewaktu saya bergelar mahasiswa dahulu, program seperti ini belum wujud, apatah lagi dengan pendekatan dan nuansa yang disesuaikan dengan generasi kini.


Jika kita masih bergantung sepenuhnya kepada pengalaman "ana dulu", atau rujukan kertas kerja 20-30 tahun lalu, atau mengekalkan format program tamrin era 90-an tanpa sebarang adaptasi, maka besar kemungkinan, keberkesanan kepimpinan kita akan jauh tertinggal dalam menanggapi realiti generasi digital dan dopamine-craver hari ini.

Sebagaimana bidang-bidang lain; sains, fiqh, ekonomi, kewangan, perubatan; bidang kepimpinan dan organisasi juga terus berevolusi. Ia bergerak seiring dengan perkembangan psikologi manusia, cabaran sosial semasa, serta kejayaan dan kegagalan organisasi global.

Tidak hairan jika buku-buku dari Barat sentiasa muncul dengan niche baharu dalam memahami seni kepimpinan, lengkap dengan tokoh-tokoh alpha yang menjadi model dan rujukan. Ini bukan semata-mata soal ikut Barat, tetapi mengakui bahawa ilmu adalah milik bersama.

Oleh itu, kepimpinan masa kini dan masa depan wajib dilengkapkan dengan ilmu alat terkini, bukan untuk menggadaikan prinsip, tetapi demi memperkasa keperdanaan kepimpinan yang lebih berkesan dan berpijak di bumi nyata.

Saya amat gembira melihat wujudnya inisiatif seperti Kelantan Future Leaders Institute, yang memperkenalkan program Kelantan Future Leaders Academy khusus untuk mahasiswa. Ia bukan sekadar mengisi ruang kosong, tetapi sebuah usaha penting yang telah lama tertangguh.

Lebih membanggakan, inisiatif ini berteraskan nilai Islam dan bercita-cita melahirkan negarawan berjiwa Al-Qawiyyul Amin; kuat dan amanah.

Secara jujur, mungkin saya tidak lagi berada dalam algoritma media sosial mahasiswa zaman kini. Malah, advokasi yang saya lakukan di Facebook pun mungkin hanya dibaca oleh golongan “pakcik makcik”. Tapi saya tetap berharap seruan ini sampai kepada yang sepatutnya.

👉 Sebarkan. Daftarkan anak, adik, anak saudara, kawan atau sesiapa sahaja yang bergelar MAHASISWA.

📌 Peluang seperti ini hadir setahun sekali saja.

🗓 Tarikh tutup permohonan: Sabtu ini, 26 Julai 2025
🔗 Pautan pendaftaran disertakan di ruangan komen.

Post a Comment

0 Comments