Kejutan lebih bermakna jika PMX berundur

Oleh A RAHMAT HARUN


KUALA LUMPUR: Gimik pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal memberi kejutan kepada rakyat dianggap tidak memberi sebarang makna kerana rakyat terbelenggu kos sara hidup berganda.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, rakyat diselubungi pelbagai isu termasuk pertikaian integriti kehakiman negara, kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan pelbagai lagi.

Katanya, pengumuman besar tidak membawa sebarang erti melainkan perdana menteri meletak jawatan kerana kegagalan mengurus negara.

 "Tiada pengumuman paling besar dan berharga sekarang kecuali PMX meletak jawatan," katanya pada hantaran di laman sosialnya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan perdana menteri bakal membuat pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa kepada rakyat.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook semalam, bagaimana pun ia tidak dijelaskan secara terperinci.

Perikatan Nasional (PN) pula akan menganjurkan 'Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar' yang dijangka diadakan pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments