Oleh: Norzana Razaly
KOTA DARULNAIM, 23 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengembalikan semula hak milik rakyat dalam industri beras tempatan apabila memperoleh semula 35 peratus saham Kilang Padi dan Beras Darulnaim Sdn. Bhd., yang sebelum ini dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi KADA namun berpindah milik kepada syarikat bukan bumiputera 100 peratus.
Langkah strategik tersebut menjadi bukti nyata komitmen kerajaan negeri dalam memelihara kepentingan rakyat, sekali gus memperkukuh kedudukan industri makanan asas negeri agar terus berdaya saing dan memanfaatkan petani tempatan.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata rundingan yang dijalankan membuahkan hasil apabila kerajaan negeri berjaya mengambil semula pegangan saham tersebut, selain membeli 33,000 metrik tan padi untuk diproses di kilang berkenaan yang kini dalam peringkat akhir persiapan sebelum memasarkan produk beras tempatan ke pasaran.
"Pemilikan semula ini membolehkan kerajaan negeri memastikan keseluruhan rantaian nilai dari pembelian padi, pemprosesan hinggalah pengedaran beras dapat dikawal dengan lebih tersusun, sekali gus menjamin pulangan ekonomi yang lebih baik kepada rakyat dan petani Kelantan," tegasnya.
![]() |
Lawatan Exco Pertanian ke Kilang Padi Darulnaim |
0 Comments