Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
PUTRAJAYA, 15 Julai — Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan komitmen beliau untuk terus membawa suara dan kepentingan rakyat Kelantan ke peringkat tertinggi pentadbiran negara.
Perkara tersebut ditekankan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana, Putrajaya pada Isnin.
"Sebagai Menteri Besar, menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa membawa suara dan kepentingan rakyat Kelantan ke peringkat tertinggi pentadbiran negara," katanya menerusi kenyataan di laman sosial, semalam.
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri merupakan platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu pembangunan, kebajikan dan kepentingan rakyat di setiap negeri demi memastikan setiap dasar dan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara inklusif dan seimbang di seluruh negara.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha berterusan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab memastikan hak-hak Kelantan sentiasa terpelihara serta agenda pembangunan negeri dapat diteruskan demi kesejahteraan bersama.
"Inilah sebahagian daripada usaha memastikan hak-hak dan pembangunan negeri Kelantan terus diperjuangkan demi kesejahteraan bersama rakyat.
"Insya-Allah, semoga ia dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan," ujarnya.
0 Comments