DHPP bantu pelajar hadapi masalah tulang belakang


KOTA BHARU: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan membantu seorang pelajar cemerlang SPM yang menghadapi masalah tulang belakang (spine scoliosis).

Navinraj A/L Saravanan yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi baharu sahaja menjalani pembedahan tulang belakang dan memerlukan sokongan tambahan dalam proses pemulihan.

Setiausaha DHPP Kelantan R. Hareetaran berkata,  pelajar terbabit  memperolehi 8A pada peperiksaan SPM lepas disumbang alat sokongan berjalan (reciprocal walking frame) bagi memudahkan pergerakannya. 

Katanya peralatan tersebut diharap dapat membantu Navinraj kembali pulih bagi meneruskan pelajarannya di kolej matrikulasi.

"Sumbangan ini mencerminkan komitmen DHPP Kelantan dalam usaha membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang selaras dengan prinsip kebajikan dan perpaduan yang menjadi fokus kerajaan Kelantan," katanya di sini semalam. 

Sebelum itu beliau menyerahkan peralatan tersebut kepada ibu  Navinraj,  Sri Mathi ketika melawatnya di hospital.

Post a Comment

0 Comments