NGO Cina, India terima bantuan kerajaan negeri


KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat bukan Melayu di Kelantan biarpun mereka merupakan golongan minoriti. 

Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan R Hareetaran berkata, pelbagai sumbangan dan bantuan diberi kepada masyarakat terbabit dalam usaha memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri tersebut. 

"Usaha itu membuktikan iltizam kerajaan negeri dalam meraikan kepelbagaian dan menjamin kesejahteraan semua kaum secara adil dan inklusif," katanya selepas majlis penyampaian bantuan kerajaan negeri kepada beberapa persatuan Cina dan India di sini semalam. 

Sumbangan terbabit disampaikan anggota Exco Kerajaan Negeri Zamakshari Muhammad. Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Lim Guan Seng, Ketua Penerangan DHPP Lau Chin Chua dan wakil masyarakat India. 

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) bagi pembinaan pintu gerbang Galeri dan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan untuk aktiviti kebudayaan.

Selain itu Persatuan Warisan Masyarakat India Ladang Kerilla untuk menjayakan program ulang tahun dan Kuil Sri Maha Mariamman bagi membaik pulih tandas Dewan Masyarakat India Ladang Kerilla Tanah Merah.

Post a Comment

0 Comments