Jawapan menteri berkaitan TH dianggap leweh


IPOH: Kerajaan Madani dipertanggungjawab terhadap amanah dan ketelusan aset Tabung Haji (TH) kerana ia sebagai wadah atribut keberkatan dana bagi manfaat umat Islam. 

Pemerhati politik tempatan Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Tabung Haji menjadi model masyarakat Islam di negara-negara luar berkaitan pengurusan kewangan yang cekap dan afektif. 

Namun katanya, pemimpin Melayu dalam kerajaan Madani dilihat hilang wibawa mengurus Tabung Haji untuk membangun ekonomi ummah. 

Menurutnya jawapan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Rakyat semalam menarik perhatian orang ramai. 

 Dr Zulkeflee

“Menteri mendedahkan 23 syarikat bukan Islam dan Bumiputera dilantik menerima pelbagai kontrak Tabung Haji.

“Beliau menjelaskan isu tersebut ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary,” katanya di sini. 

Kata beliau jawapan menteri berkaitan kontrak penjenamaan semula Tabung Haji diberikan kepada syarikat bukan Bumiputera dijawab lewah.

Malah disebut pemberian kontrak kepada syarikat bukan Bumiputera juga berlaku ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

“Malangnya Timbalan Speaker menggunakan kuasa veto merehatkan dua hari ahli parlimen Pengkalan Chepa apabila mengasak dijelaskan projek penjenamaan TH. 

“Peranan speaker bukan saja tertakluk pada peraturan dewan tetapi sikap budiman dan keterampilan bahasa,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments