IPOH: Pemimpin DAP dilihat popular dalam kalangan penyokongnya kerana sering membela individu yang dianggap tercicir daripada kehormatan nilai negara.
Ia dibuktikan apabila veteran parti itu menggelar perangai anjing liar terhadap Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh yang tegas mempertahankan lambang bendera Malaysia.
Pensyarah Psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, begitu mengejutkan apabila pemimpin senior DAP sanggup melabel jijik terhadap ketua Pemuda Umno.
Dr Zulkeflee Yaacob |
Sedangkan katanya Akmal mempertahankan lambang bendera Malaysia suatu kewajipan sebagai rakyat yang taat setia pada Rukun Negara.
“Apa yang berlaku itu dilihat suatu perbuatan tidak patriotisme ketika meraikan bulan kemerdekaan melalui kibaran Jalur Gemilang,” katanya di sini.
Baru-baru ini veteran DAP Datuk Teng Chang Khim pada hantaran di Facebooknya menuduh anjing liar kepada Dr Akmal kerana menegur bendera Malaysia yang dipasang terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina awal Ogos lalu.
Sebelum itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor menganggap Umno sebagai lalat.
Dr Zulkeflee juga berkata, DAP ditubuh pada 18 Mac 1965 mempunyai visi dan misi politik berakar ideologi sekular, liberal dan sosial serta konservatisme untuk pelbagai kaum.
Katanya, DAP bertapak dalam kalangan bukan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta memperoleh undi segelintir masyarakat Melayu di Pahang dan Melaka.
Menurutnya juga perjuangan Umno tersasau jauh dari etos parti iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat yang menjadi slogan menawan rakyat sejak merdeka.
Namun kata beliau pasca-PRU 14 Umno-BN tumbang dan PRU 15 gagal meneraju negara sehingga presidennya Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi memilih bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.
“Pemerhati politik menyarankan Umno menggugur nama Melayu kerana gagal membezakan antara prinsip institusi kepresidenan dengan fungsional entiti organisasi,” ujarnya.
0 Comments