IPOH: Dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin dan membuat keputusan mengenai dasar negara. Kosa kata demokrasi berasal dari bahasa Yunani, demokratia, yang bermaksud 'pemerintahan rakyat'.
Pemerhati politik Dr Zulkeflee Yaacob berkata, ciri utama dalam demokrasi menjadi asas penting untuk memastikan individu mempunyai suara dalam pemerintahan dan mencegah penyalahgunaan kuasa.
Katanya keadilan sosial dari segi sifatnya merangkumi usaha untuk memastikan kesamarataan peluang dan hak kepada semua individu, tanpa diskriminasi.
"Dalam kasus negara klausa 'Raja Berperlembagaan' merujuk perlembagaan atas prinsip Rukun Negara dan nilai sejarah dan stigma budaya serta etika masyarakat majmuk," katanya di sini.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan diketuai Perdana Menteri sebagai Ketua Eksekutif dan rakyat memilih wakil untuk membentuk parlimen yang menggubal undang-undang.
Kata beliau kuasa perundangan dibahagikan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dengan Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi.
Menurutnya pemimpin yang dipilih dan mewakili rakyat sebagai penggubal undang-undang dan dasar sama ada peringkat negeri atau negara.
"Dalam hal ini pemimpin yang menjadi wakil rakyat perlu adil dan amanah sebagai prasyarat menolak politik wang kerana rakyat yang baik atas peraturan digubal oleh wakil rakyat yang baik terutama sifat amanah.
"Anehnya wakil rakyat dijadikan bosnya oleh rakyat menyebabkan mereka berasa lebih tinggi. Ini punca pengundi salah memilih wakil rakyat kerana mereka membuat undang-undang dan dasar negara bukan ulama dan ahli akademik," katanya.
Menurutnya di negara ini ahli parlimen majoriti Melayu dan Muslim, namun tidak merasai kepimpinan Islam.
Katanya pemimpin yang bagus dan baik seperti amanah, kredibiliti, bijaksana, adil, dan peduli rakyat tetapi yang diundi mereka yang tidak faham agama.
Sedangkan kata beliau pemimpin yang adil dan amanah prasyarat tolak politik wang kerana rasuah punca pemimpin itu akan berusaha kembalikan wang pelaburan politik.
0 Comments