PENTADBIR MEDIA PERLU KREATIF, BERETIKA

Timbalan Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar Kelantan Mohd Khairul Padli Baduldin
Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 10 Ogos – Pengurusan media sosial memerlukan keseimbangan di antara kreativiti dan ketepatan penyampaian maklumat.

Demikian kenyataan Timbalan Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar Kelantan Mohd Khairul Padli Baduldin ketika merasmikan majlis penutup.

Bengkel Pentadbir Media Sosial anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini. 

Khairul Padli menegaskan bahawa pentadbir media khususnya di agensi kerajaan dan laman sosial pemimpin setempat wajar menghasilkan karya menarik yang mematuhi etika penyebaran maklumat yang tepat, sahih dan berautoriti. 

"Media sosial adalah saluran penting dalam membina persepsi positif terhadap kerajaan negeri. 

"Setiap maklumat yang disiarkan perlu berlandaskan fakta yang benar serta bertanggungjawab," jelasnya. 

Beliau juga merakamkan penghargaan atas inisiatif UPKN atas penganjuran program yang memperkukuh keberkesanan komunikasi kerajaan negeri dengan rakyat melalui medium digital yang pantas, interaktif dan inklusif.

Seramai 100 pentadbir media sosial dalam kalangan belia dan beliawanis menyertai bengkel yang menerangkan teknik dan strategi menghasilkan kandungan di media sosial. 

Mohd Asnawi Mohd Yusof

Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Pencipta Kandungan Mohd Asnawi Mohd Yusof yang membimbing peserta dalam meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan kreatif dan berimpak tinggi di platform digital.

Post a Comment

0 Comments