KOTA BHARU: Jewels Hotel turut mengambil peluang mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara dengan menganjurkan program Ambang Kemerdekaan.
Sempena program berkenaan turut diadakan kempen menderma darah yang diadakan di hotel berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, program kemerdekaan di hotel memberi makna besar bagi menyemarak sambutan Bulan Kebangsaan.
"Semangat itu turut diperkukuh dengan pengagihan Jalur Gemilang kepada orang ramai, yang membawa mesej kebersamaan serta patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan,” katanya pada program semalam.
Turut hadir Pengurus Jewels Hotel, Muhammad Azrin Zainal Abidin.
Sempena program diadakan acara deklamasi sajak yang berjudul ‘Sebuah Seriosa Bangsa’ karya Allahyarham Norhisham Mustafa disampaikan penyair Abdul Hadi Yusof.
Kamarudin juga berkata, langkah Jewels Hotel menganjurkan program Ambang Kemerdekaan dan menderma darah dapat membantu tabung darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Sementara itu M
uhammad Azrin berkata, penganjuran program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hotel dalam usaha memberi manfaat kepada komuniti.
“Kami percaya kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan amalan menderma darah perlu dipupuk secara berterusan.
"Kami juga mengambil peluang ini untuk meraikan Bulan Kebangsaan dengan mengedarkan Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaan kepada tanah air,” katanya.
0 Comments