RMK13 wajar perkukuh agenda bumiputera


KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani perlu menjelaskan agenda bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dilaksanakan pada 2026-2030.

Dato' Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sebaliknya berkata, Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina akan disediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan.

“Kami menyifatkan keputusan kerajaan hari ini seperti kata perpatah 'apa yang tidak diukur, tidak diurus' memerlukan penjelasan sewajarnya kepada rakyat," katanya pada sesi perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya pembentangan RMK13 sepatutnya dijadikan medan bagi memperkukuhkan mekanisma, pemantauan dan pengukuran prestasi ekonomi bumiputera di negara ini.

Kata beliau juga sejarah pembangunan ekonomi Malaysia pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969 menjadi lembaran baru dalam usaha membina negara bangsa stabil berteraskan keadilan ekonomi.

Beliau berkata kerajaan menetapkan dua matlamat utama menerusi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula pada 1971 sehingga 1990.

“Tujuan DEB dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat sebelum digantikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991 sehingga 2000 dengan mengekalkan prinsip DEB,” ujarnya.

Pembangunan bumiputera katanya menjadi elemen utama Dasar Wawasan Negara 2000 hingga 2020 dan Model Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mengimbangi liberalisasi ekonomi dan agenda inklusif.

Post a Comment

0 Comments