IPOH: Zionis Israel dilihat semakin hilang momentum selepas mengumumkan rencana menduduki semua wilayah di Gaza apabila banyak negara menjarakkan diri daripada negara haram tersebut.
Buktinya Jerman secara rasmi menghentikan eksport senjata ke Israel kerana operasi brutal Israel di Gaza dilihat melanggar hukum antarabangsa.
Pemerintah Jerman menegaskan hak asasi manusia tidak boleh ditukar ganti keuntungan industri senjata.
Pemerhati politik tempatan Dr Zulkeflee Yaacob berkata, keputusan Berlin memicu perdebatan hangat di parlimen Eropah dan Israel menghadapi tekanan besar sekutu lamanya di Barat.
Katanya banyak negara blok barat menolak pelan sistemik Israel dan bersedia berbicara di podium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September kelak.
“Berdasar laporan media negara Islandia, Irlandia, Luxembourg, Norwegia, Malta, Portugal, Sepanyol termasuk Selandia Baru, Slovenia dan Jerman mengakui Palestin sebuah negara berdaulat.
“Sedangkan Slovenia merupakan tempat kelahiran Melania Knauss Trump, isteri Donald Trump, menjadi negara Eropah pertama melarang perdagangan senjata ke Israel.
“Sejak Slovenia mengakui Palestin pada 2024. Negara yang banyak gereja bersejarah itu dengan tegas menetapkan larangan senjata,” katanya di sini.
Sebelum ini negara itu menguatkuasa larangan dua menteri sayap kanan Israel masuk ke Slovenia.
Manakala Yugoslavia acap kali mengirim bantuan kemanusiaan bekalan ke Gaza dan menolak produk Israel.
Menurutnya Perdana Menteri Selandia Baru, Christopher Luxon pula menyebut Benjamin Netanyahu hilang akal sihat dalam penyataannya di Wellington baru-baru ini.
Kata beliau Selandia Baru juga akan mengumumkan pengakuan negara Palestin pada September ini.
“Wujud variasi pandangan awam antarabangsa dan pergeseran solidariti negara-negara Eropah apabila menyeru gencatan senjata total dan mendorong rundingan damai,” ujarnya.
Namun kata beliau Amerika Syarikat dan Israel tidak melihat ke arah itu walaupun rakyatnya mengadakan unjuk rasa untuk memberi tekanan politik kerana menggelakkan tenteranya terkorban.


0 Comments