Pelaburan asing berbilion, subsidi rakyat makin dikurang

A RAHMAN HARUN

ALOR SETAR: Setiap kali lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara kerajaan sering mengumumkan berjaya menarik pelaburan besar, namun dalam masa yang sama rakyat mengalas beban kenaikan kos sara hidup.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaburan yang diumumkan itu tidak memberi sebarang makna selagi kerajaan terus mencatu kadar subsidi yang dinikmati  rakyat.

Katanya, kerajaan yang dibina di atas asas pembohongan tidak akan kekal lama, bahkan rakyat akan menolak parti terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tidak lama lagi.

"Lawatan demi lawatan menyaksikan bagaimana pelbagai perjanjian diberitahu ditandatangani, namun rakyat di bawah berdepan kesempitan kesempitan hidup. 

"Kini sampai masanya untuk kita sama-sama bangkit menolak pemimpin yang suka berbohong, tidak tunaikan janji," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Terbaru kata beliau diumumkan kerajaan lawatan perdana menteri ke China berpotensi meraih nilai pelaburan sebanyak RM905 juta  baru-baru ini.

Kata beliau subsidi rakyat semakin banyak ditarik ketika kerajaan mengumumkan nilai pelaburan dari luar negara berbilion ringgit. 

Post a Comment

0 Comments