Keadaan di Gaza masih genting

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Biarpun berlaku gencatan senjata di Palestin, namun umat Islam perlu terus menghulurkan sumbangan kerana rakyat Gaza masih berdepan keadaan yang amat genting.

Realiti di lapangan menunjukkan keadaan di Gaza masih jauh daripada pulih dan tidak mungkin dapat dipulihkan dalam tempoh singkat.

Pengerusi NGO Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, pihaknya sebelum ini menghantar bantuan yang bernilai RM15,000 hingga RM18,000 seminggu ke Gaza.

Bagaimanapun katanya bantuan asas sejak bulan lalu meningkat kepada RM20,000 hingga RM22,000 seminggu bagi menyediakan makanan harian.

“Komitmen ini termasuk memasak makanan setiap hari yang disediakan  pasukan Suara Gaza hasil bantuan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya di sini.


Menurutnya juga minggu ini pihaknya memerlukan tambahan sebanyak RM8,000 hingga RM10,000 lagi bagi menampung kos bantuan air bersih dan pengeluaran roti.

Nazri turut berharap umat Islam di mana sahaja menghulurkan sumbangan demi kebajikan saudara seagama di Gaza.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nazri di talian 013-981 1605.

“Semoga Allah menerima setiap sumbangan ini sebagai amalan soleh dan menjadi asbab kebahagiaan saudara kita di Gaza,” katanya.




Post a Comment

0 Comments