Oleh A Rahman Harun
KUALA LUMPUR: Pemalsuan dokumen tujuh pemain bola sepak luar yang
menerima hak kewarganegaraan memalukan negara di peringkat antarabangsa.
"Pemalsuan dan penipuan dibuat oleh kerajaan, ini memalukan negara di peringkat antarabangsa, kerajaan kena jawab berlaku penyelewengan fakta," kata ahli parlimen Kota Bharu Dato' Seri Takiyuddin Hassan.
Oleh itu kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap kenyataan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai isu tersebut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dilapor meluluskan permohonan tujuh pemain daripada FAM untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui jalur naturalisasi dan bermain untuk pasukan negara.
Jumlah tersebut termasuk dalam senarai 23 pemain yang dilulus sepanjang Dato' Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut beliau, keputusan terbabit dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan untuk menjadi warganegara yang datang daripada warga asing.
Gara-gara keputusan tersebut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didenda RM1.8 juta dan pemain terbabit digantung 12 bulan.
Takiyuddin berkata, tindakan dikenakan oleh FIFA menjejaskan kempen kelayakan Piala Asia pada 2027.
"Mereka merupakan pemain yang bermain di liga-liga luar negara, bila-bila masa sahaja mereka akan menyaman FAM dan kerajaan Malaysia. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan kenapa dan mengapa ia berlaku.
“Perkara itu merupakan satu pembohongan yang turut diakui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mempunyai bukti jelas,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

0 Comments