![]() |
| Nora Yaacob, Pengarah PERKESO Negeri Kelantan |
Oleh: Asyura Muhamad
Kredit Foto: Unit Media U-BeS
Kredit Foto: Unit Media U-BeS
KOTA DARULNAIM, 30 Oktober - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan terus komited memberi kefahaman perlindungan keselamatan sosial rakyat menerusi penganjuran Program PERKESO Melindungi (Bersama Pemimpin Masyarakat) Negeri Kelantan 2025 dengan kerjasama Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Pengarah PERKESO Negeri Kelantan, Nora Yaacob berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan majikan serta masyarakat terhadap kepentingan perlindungan sosial di bawah pelbagai skim PERKESO.
“Pada 22 Ogos 2025, PERKESO telah memperkenalkan penjenamaan semula empat skim perlindungannya di bawah satu identiti baharu sebagai “Lindung” dalam usaha memperkasa jaringan keselamatan sosial negara.
Lindung bukan sekadar wajah baharu. Ia adalah janji yang “diperkasa”. Ia ikrar PERKESO untuk membina ekosistem perlindungan sosial yang lebih indah, lebih menyeluruh dan lebih relevan dengan denyut nadi rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.
Menurut beliau, empat skim tersebut ialah Lindung Pekerja (Akta 4), Lindung Kerjaya (Akta 800), Lindung Kendiri (SKSPS 789) dan Lindung Kasih (Akta 838).
Tambahnya lagi, program tersebut bertujuan memastikan masyarakat termasuk pemimpin komuniti, Badan Buklan Kerajaan (NGO) serta majikan memahami tanggungjawab mereka dan manfaat skim yang disediakan, seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri rumah (SKSSR) serta program “Return to Work”.
Sementara itu, Timbalan Pengarah U-BeS Mohd Firdaus Mohamed Nawi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak PERKESO dan 80 peserta yang hadir terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, NGO, serta pemimpin masyarakat dari seluruh negeri.
![]() |
| Mohd Firdaus Mohamed Nawi, Timbalan Pengarah U-BeS |
“Semoga program yang bermanfaat ini dapat memberi pendedahan kepada kita semua berkaitan dengan pelbagai skim dan kemudahan keselamatan sosial yang disediakan oleh pihak PERKESO,” ujarnya semasa memberi ucapan aluan di majlis perasmian program tersebut.




0 Comments