Kredit Foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 2 November – Seramai 200 petugas bencana, sukarelawan dan kakitangan awam dilatih dengan kemahiran asas pertolongan cemas, Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Komuniti, sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut tidak lama lagi.
Bengkel tersebut telah dijalankan dalam dua siri, dengan siri Pertama di Senangin Resort & Training Centre, Tumpat, manakala siri Kedua berlangsung di Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong pada 1 November 2025.
Kedua-dua siri masing-masing dihadiri 100 peserta.
Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim, program itu adalah sebahagian daripada usaha Kelantan melahirkan 1,000 sukarelawan bertauliah.
“Program sebegini bukan sahaja melatih sukarelawan dan petugas bencana, tetapi juga memastikan masyarakat setempat bersedia menghadapi sebarang kecemasan dengan segera dan berkesan.” katanya merasmikan bengkel Siri Pertama pada 28 dan 29 Oktober lalu.
Program berkenaan melibatkan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk kakitangan awam, staf Pusat Khidmat Masyarakat DUN, penghulu, Penyelaras Pembangunan Armalah DUN (PPAD), sukarelawan NGO, pekerja dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan, serta individu persendirian yang berminat.
Antara pengisian bengkel ialah prinsip dan teori pertolongan cemas, teknik balutan dan anduh, praktikal usungan mangsa, serta pengenalan kepada CPR dan AED.

0 Comments