Rakyat Kelantan dominasi sektor awam negara


Oleh: Syamimi Manah

KUALA LUMPUR, 5 November – Rakyat Kelantan terus menzahirkan keunggulan dalam perkhidmatan kepada negara apabila mencatatkan jumlah penjawat awam tertinggi di Malaysia, menurut data Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sehingga 24 September 2025.

Daripada 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara, Kelantan merekodkan seramai 170,383 orang, bersamaan 13 peratus daripada keseluruhan jumlah tersebut menjadikannya negeri dengan penglibatan terbesar dalam sektor awam.

Negeri Perak berada di kedudukan kedua dengan 140,160 penjawat awam (11 peratus) diikuti Johor dengan 132,032 orang (10 peratus).

Statistik berkenaan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.


Beliau menjelaskan bahawa data tersebut merangkumi jawatan sebenar berwaran tetap dan tidak termasuk skim perkhidmatan polis dan tentera.

Menurutnya, angka berkenaan turut tertakluk kepada proses pengemaskinian berkala oleh pegawai sumber manusia di agensi masing-masing bagi memastikan ketepatan data dan keberkesanan tadbir urus sumber manusia sektor awam.

Post a Comment

0 Comments