Sepenggal Sabah di bawah GRS


GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) dilihat banyak cedera sepanjang sepenggal menerajui kerajaan negeri. Cuba belek apa kata warga media sosial.

Warga maya di Sabah melabelkan Sabah berada di kedudukan tercorot di bawah GRS kerana gagal melaksanakan dasar ekonomi yang mampan.

“Situasi itu menandakan kegagalan jelas dalam merancang,” kata mereka.

GRS juga silap percaturan apabila Ketua Pemuda GRS Datuk Fairuz Renddan tetap mempertahankan kerusinya di Dun Pintasan. Beliau digugurkan biarpun dikatakan banyak menabur jasa di Dun terbabit.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengenepikan Fairuz bagi memberi laluan kepada Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sepenggal di bawah GRS tidak banyak perubahan dinikmati rakyat terutamanya di kawasan pedalaman. Bukti paling jelas jalan raya utama dari Kota Kinabalu ke Kinabatangan melalui Lahad Datu, Kunak-Semporna, Tawau-Kalabakan masih di takuk lama.

GRS juga dipersoalkan rakyat kerana dianggap gagal mengatasi masalah dihadapi penghuni Country Height Apartment, Minintod. Nasib puluhan keluarga penghuni Blok 20 masih samar.

Selepas kejadian tanah runtuh di situ 15 September lalu, nasib penduduk dilapor masih tidak terbela. Pada kejadian terbabit, 32 unit rumah di blok 20 terjejas ekoran kejadian tanah runtuh.

Ikuti komentar lanjut di aruslebir.com


 

Post a Comment

0 Comments