Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Eksplorasi agro DUN Gaal: Kerajaan negeri teliti potensi agro lebih menyeluruh
utama

Eksplorasi agro DUN Gaal: Kerajaan negeri teliti potensi agro lebih menyeluruh


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 11 Disember - Siri lawatan kerja Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan ke DUN Gaal membuka ruang baharu kepada kerajaan negeri menilai potensi agro secara lebih menyeluruh, dengan memberi perhatian khusus kepada suara pesawah dan kapasiti sebenar komoditi makanan negeri.

Lawatan diketuai exconya, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal YB Mohd Rodzi Jaafar itu meninjau lima lokasi tumpuan yang merangkumi tanaman padi, kelapa SGG, fertigasi, nangka madu serta sistem pengairan sawah. Setiap lokasi menunjukkan kekuatan tersendiri yang berpotensi memperkukuh agenda sekuriti makanan Kelantan.

Menurut Dato' Tuan Mohd Saripudin, penilaian lapangan ini penting kerana ia membabitkan isu asas pengeluaran makanan negeri.

“Setiap lokasi menonjolkan potensi tersendiri. Namun apa yang lebih penting, kita mendengar sendiri suara petani mengenai isu pengairan, input pertanian, kitaran tanaman dan baik pulih infrastruktur. Ini semua perlu ditangani secara sistematik,” katanya menerusi media sosial.

Tinjauan bermula di Kampung Gong Garu yang menjadi nadi ekonomi pesawah setempat. Rombongan mendengar pelbagai keperluan termasuk penambahbaikan sistem pengairan dan keperluan menaik taraf Kawasan Operasi Rumah Pam Taweh.

“Saya akan berbincang dengan JPS Kelantan untuk menyelaras isu-isu yang dibangkitkan,” ujarnya.


Eksplorasi diteruskan ke Kampung Gong Mengkelih bagi menilai perkembangan tanaman Kelapa SGG yang semakin menjadi pilihan industri. Delegasi meneliti teknik penanaman, susun atur ladang, penjagaan serta potensi rantaian nilai baharu termasuk santan, air kelapa, minyak kelapa dara dan produk hiliran lain.

Rombongan juga melawat projek Nangka Madu Al-Falah yang digerakkan Pusat Khidmat DUN Gaal dengan penyertaan 20 peserta. Antara lokasi diketengahkan ialah kebun milik anak muda tempatan Zarudi Hassan di Kampung Wakaf Raja.


Penekanan juga diberi kepada agronomi, kawalan perosak dan peluang memperluaskan rantaian nilai sehingga ke pemprosesan produk.

Menurut Dato’ Tuan Mohd Saripudin, permintaan nangka madu terus meningkat dengan kedudukannya sebagai buah premium bernilai tinggi.

Di Pusat Khidmat DUN Gaal, delegasi mengikuti taklimat mengenai penanaman Kelapa SGG oleh Jabatan Pertanian Kelantan sempena kempen “Tane Nyor” Al-Falah. Fokus penjelasan merangkumi penjagaan akar, jarak tanaman optimum, pembajaan berkala dan strategi mempercepatkan kematangan tanaman.


“Kelapa mempunyai potensi sebagai komoditi besar negeri, termasuk industri hiliran yang luas,” kata Dato' Tuan Mohd Saripudin.

Lokasi terakhir di Kampung Gong Nangka menumpukan isu sistem saliran sawah. Komuniti mencadangkan pembinaan ‘gate air’ bagi menstabilkan bekalan air, memandangkan pesawah kini bergantung pada air hujan dan pam mudah alih.

“Perkara ini akan diteliti untuk diusulkan ke peringkat berkaitan,” tambahnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan