Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kabinet campur tangan urusan sidang parlimen
utama

Kabinet campur tangan urusan sidang parlimen

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Sebelum ini tidak pernah kedengaran urusan berkaitan persidangan Dewan Rakyat dibawa ke mesyuarat kabinet, seolah-olah menidakkan peranan Speaker.

Perkara itu berlaku apabila usaha menteri mahu menggantungkan Ahli Parlimen Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan dibawa ke kabinet.

Takiyuddin berkata, kabinet tidak masuk campur perkara yang berlaku di Parlimen.

“Benda berlaku dalam dewan, arahan mesti datang daripada Speaker. Saya pun tak faham bagaimana perkara ini boleh dibawa ke kabinet,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat 4 Disember lepas Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution mengetengahkan usul untuk menjatuhkan hukuman menggantungkan kehadiran ahli parlimen Kota Bharu selama enam bulan.

Namun, usul yang dibawa Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ditangguh kepada sidang akan datang selepas perbahasan usul terbabit.

Usul terbabit berkaitan pertanyaan Takiyuddin mengenai prosedur operasi standard (SOP) anggota penguatkuasa Maritim Malaysia melakukan latihan di Masjid Rusila tanpa dimaklum kepada pihak pengurusan masjid.

Takiyuddin juga berkata, ahli Parlimen kerajaan dianggap memberi isyarat prosedur itu tidak betul.

“Saya tertakluk kepada arahan Speaker sebagai ahli dewan. Setakat ini saya belum mendapat apa-apa arahan ataupun petua daripada Speaker.

 "Walaupun kabinet dikatakan sudah membuat keputusan, saya masih menunggu arahan daripada Speaker kerana beliau yang berkuasa,” katanya.

Pada Jumaat lepas media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jemaah menteri membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan