Kunjungan hormat AGIKO buka peluang pelajar YIK lanjut pengajian di Korea Selatan


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 23 Disember - Kunjungan hormat Alumni Graduan Institusi Korea Kebangsaan (AGIKO) membuka ruang kerjasama akademik baharu, khususnya dalam menawarkan peluang pengajian bidang kejuruteraan melalui institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Korea Selatan kepada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata inisiatif itu menyasarkan pelajar aliran sains termasuk dari sekolah maahad serta sekolah tahfiz sains di bawah YIK.


Menurutnya, kerjasama tersebut menyediakan laluan strategik kepada pelajar untuk menceburi bidang teknikal dan kejuruteraan bertaraf antarabangsa, selari dengan keperluan industri semasa serta pembangunan modal insan negeri.

“Usaha ini memberi peluang kepada pelajar aliran sains, maahad dan tahfiz sains untuk melangkah ke bidang teknikal dan kejuruteraan yang mempunyai permintaan tinggi di peringkat global.


“Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh bagi memastikan lebih ramai anak Kelantan berpeluang memperoleh pendidikan berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi laman sosial, pada Isnin.

Terdahulu, Wan Roslan menerima kunjungan hormat delegasi AGIKO yang diketuai Presidennya, Ir. Zamri Abbas, bersama wakil institusi pendidikan dari Korea Selatan di pejabatnya.



Post a Comment

0 Comments