![]() |
| Tam Kwee Chem, 66 |
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 2 Disember – Tam Kwee Chem, 66, mengucapkan rasa syukur selepas menerima bantuan RM1,000 Skim Takaful Kifaalah pada program Skim Bantuan Armalah Kota Lama yang berlangsung di Pusat Komuniti DHPP, semalam.
Kwee Chem mengakui sumbangan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaannya, terutamanya selepas pemergian abang kandungnya yang menghidap darah tinggi.
"Terima kasih kerajaan Kelantan atas sumbangan RM1,000. Duit ini dapat tolong saya buat belanja lepas habis banyak kos urus kematian abang,” katanya.
Program tersebut menyasarkan 200 armalah, tiga pesakit kronik dan dua penerima Skim Kifaalah daripada masyarakat Cina, Siam dan India, sebagai usaha kerajaan negeri membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.
![]() |
| Koh Siew Lan, 76 |
Beberapa penerima lain turut melahirkan rasa syukur mereka. Koh Siew Lan, 76, yang maklumatnya disampaikan melalui anaknya, berkata,
"Saya rasa gembira, kerajaan ini boleh bantu orang susah. Bersyukur juga sebab ada penghulu yang baik, apa-apa masalah boleh bagitahu penghulu,” katanya.
![]() |
| Rajaisbery A/P Elangsegaran, 66 |
Manakala Rajaisbery A/P Elangsegaran, 66, yang menerima bantuan ibu tunggal pula berkata,
"Terima kasih kerajaan Kelantan. Saya berpuas hati dengan bantuan ini.”
Disambut oleh Foo Lee Ping, 50, yang juga penerima bantuan ibu tunggal, mengucapkan terima kasih kepada penghulu antara kaum DUN Kota Lama.
![]() |
| Foo Lee Ping, 50 |
"Terima kasih kepada penghulu yang tolong berikan maklumat saya untuk terima bantuan ini,” ujarnya.




0 Comments