Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco
Kredit foto: Unit Media Exco
JELI, 7 Disember – Program XPDC 4x4 Jelajah Warisan dan Pesona Pelancongan yang berlangsung selama dua hari di Gunung Reng Eco Park, Jeli berjaya menghimpunkan komuniti sukan lasak kenderaan pacuan 4 roda serta mempromosikan pesona pelancongan desa di Kelantan.
Program berlangsung pada 4 dan 5 Disember itu disempurnakan perasmiannya oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor. Beliau juga melakukan gimik pelepasan konvoi 30 buah kenderaan 4x4 di Gua Reng Eco Park, Jeli, sebelum memulakan perjalanan ke Kampung Kalai.
Menurutnya, konvoi itu menyusuri laluan lasak sambil menikmati panorama kampung, alam semula jadi serta warisan setempat
"Program ini menghimpunkan sebanyak 30 buah kenderaan 4x4 yang memulakan kembara mereka dari Gua Reng Eco Park sehingga ke Kalai, menyusuri laluan lasak sambil menikmati panorama kampung, alam semula jadi serta warisan setempat,” katanya di laman rasmi pada Jumaat.
Beliau berkata, pendekatan itu bukan membuka ruang lebih luas untuk mempromosikan destinasi pelancongan desa yang mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri.
![]() |
| Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamarudin Md Nor |
"Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan silaturahim sesama komuniti 4x4, malah membuka ruang promosi kepada destinasi pelancongan desa yang penuh nilai sejarah dan pesona tersendiri.
"Pendekatan seperti ini mampu memperkenalkan keunikan Kelantan kepada lebih ramai pengunjung, terutama peminat aktiviti lasak dan eco-pelancongan,” ujarnya.
Datuk Kamarudin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur daripada Kelab Sahabat Setia Rimba.
"Syabas kepada semua penganjur dan peserta atas kejayaan program ini. Semoga usaha sebegini terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan negeri,” ujarnya.




0 Comments