Oleh Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU:
Kerajaan negeri menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa kebakaran rumah di Jalan Tok Guru, yang meragut nyawa seorang wanita warga
emas, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Datuk Rohani Ibrahim berkata, sumbangan awal diberi bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan segera yang diselaraskan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Bharu, Salihah Kamarudin,” katanya pada lawatan tersebut.
Turut hadir Penyelia DUN Kota Lama, Ir Nor Shakiman Muhammad dan kakitangan Pusat Khidmat Dun Kota Lama.
Pada kejadian menyayat hati itu seorang wanita warga emas, Fatimah Mat Said, 89, yang berada bersendirian di rumah retung dalam kejadian terbabit.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8.39 malam selepas operasi pemadaman dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu.
Dalam kejadian itu juga sebanyak 70 kucing peliharaan yang berada dalam sangkar serta lima ekor anjing liar yang sering diberi makan di sekitar rumah turut menjadi mangsa.



0 Comments