200 masyarakat Tiong Hwa raikan Tahun Baharu Cina bersama ADN Demit


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KUBANG KERIAN, 9 Februari – Sebanyak 200 masyarakat Tiong Hwa menyertai sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Demit YB Mohd Asri Daud, di dua lokasi iaitu Bandar Baru Kubang Kerian dan Kampung Chepa pada Sabtu.

Dalam majlis itu, YB Mohd Asri mengagihkan limau mandarin dan buah tangan sambil beramah mesra dengan semua hadirin.

Beliau turut mengucapkan “Xin Nian Kuai Le, semoga sentiasa sihat dan panjang umur” kepada para tetamu.



Antara yang menarik perhatian YB Mohd Asri adalah pertemuan dengan individu berusia 83 tahun yang masih aktif menjalani rutin "brisk walk" harian.

Beliau berkongsi detik manis apabila beberapa hadirin menasihatinya “jogging berkaki ayam di padang lebih sihat”, menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap gaya hidup sihat.

YB Mohd Asri menekankan bahawa masyarakat DUN Demit ibarat satu keluarga, di mana setiap lapisan masyarakat, walaupun berbeza bangsa dan agama, digalakkan saling membantu dan menyemai semangat muhibah.

“Sempena sambutan Tahun Baharu ini, semoga kita semua terus membina keharmonian, kekal sihat dan berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi,” katanya di laman rasmi pada Sabtu.



Post a Comment

0 Comments