Pemuda PAS rai warga emas Tionghua

Oleh Salmah Mat Husain

BACHOK: Dua warga emas Kechiam D/o Eh Phong dan  Owie Beng Seng kelihatan begitu gembira apabila Pemuda  PAS Kelantan menyantuni mereka dengan membawa baju raya, limau dan angpau.

Lebih mengembirakan mereka apabila Ketua Pemuda Mohd Firdaus Mohamed Nawi membantu memakai baju berkenaan. Turut hadir penghulu dan pimpinan Pemuda PAS negeri.

Ziarah kebajikan itu diadakan semalam di Kampung Balai sempena sambutan Tahun Baru Cina. Seorang daripada warga emas terbabit hidup sebatang kara dan seorang lagi berkerusi roda. 

Firdaus berkata, ziarah kali ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan sempena sambutan Tahun Baru Cina .

"Kita sama sama meraikan mereka pada sambutan tersebut  agar rasa sunyi mereka sedikit terubat," ujarnya.



Post a Comment

0 Comments