Syarikat tempatan hasil air sarang burung walit

 

Oleh: Salmah Mat Husain 

SETIU: Syarikat Liuremas Pro Empire menyasarkan jualan lebih 10,000  botol air sarang burung walit asli keluarannya sehingga Disember 2026.

Pengasasnya, Zulkifli Che Mohammad berkata, sambutan luar biasa terhadap produk  yang mempunyai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan itu  terbukti selepas pihaknya mengeluarkan lebih 500 botol sebulan Januari lalu untuk memenuhi  permintaan. 

Katanya, produk itu baru dikeluarkan pada Disember lepas dengan permulaan hanya mengeluarkan  60 botol bagi membuat  testimoni pengguna mengenai keberkesanannya. 

"Ramai pengguna memberi maklum balas positif terhadap produk air sarang burung walit asli Liuremas sehingga saya mengeluarkan 500 botol selepas itu.

"Saya menyasarkan lebih 10,000 botol terjual sehingga hujung tahun ini. Manakala sasaran  nilai jualan lebih RM600,000 dengan harga  mampu milik RM60 sebotol," katanya. 

Beliau ditemui ketika Program Perasmian Produk LIUREMAS dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Empat Penjuru Jemputan yang berlangsung di Mini Stadium Sungai Tarom, di sini, baru-baru ini.

Program dirasmikan Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Abdullah Ibrahim.

Zulkifli berkata, kelebihan produk keluarannya mengandungi 50 peratus sarang burung walit serta tidak mengandungi bahan pengawet.

"Kami tidak menyimpan stok yang banyak sebaliknya apabila ada tempahan baru dibuat bagi menjaga kualiti produk kekal segar.

"Sarang burung waletboleh bertahan selama dua bulan jika disimpan dalam peti dan kini dipasarkan di seluruh Malaysia secara dalam talian di 'Tik Tok' dan melalui pengedar berhampiran," katanya.

Sementara itu pengguna produk yang juga Duta Liuremas Nur Hidayah Mohd Zaki, berkata, beliau mulai mengamalkan produk itu selepas terbabit dalam satu kemalangan pada akhir tahun lalu.

"Saya mengalami patah tangan serta beberapa kecederaan lain di anggota badan, namun dalam tempoh dua bulan sudah kembali pulih serta saya boleh kembali aktif melalui aktiviti

Post a Comment

0 Comments