KOTA BHARU: Piala pusingan gerai terbaik yang menjadi rebutan setiap PAS kawasan di Kelantan sempena Hari Terbuka PAS tahun ini dimenangi PAS Tumpat.
Beberapa kriteria ditetapkan bagi melayakkan PAS kawasan menggondol piala tersebut termasuk hiasan terbaik, susun atur menarik dan pelbagai lagi.
Tempat kedua PAS Kubang Kerian dan di kedudukan ketiga PAS Ketereh.Sebanyak 14 PAS kawasan di Kelantan menyertai pertandingan terbabit dengan menyediakan pelbagai juadah raya seperti ditetapkan jawatankuasa induk Rumah Terbuka PAS Kelantan 2026 (1447).
Piala pusingan tersebut disampaikan Pesuruhjaya PAS negeri Dato Bentara Setiia Ustaz Ahmad Yakob.
Manakala pertandingan teh tarik, tempat pertama dimenangi peserta mewakili PAS Kota Bharu, kedua Pasir Puteh dan ketiga Pasir Mas.Juri pertandingan mewakili kaum Melayu, Cina dan India.Pertandingan roti jala berhias, pasukan PAS Bachok menarik perhatian juri apabila diumumkan sebagai pemenang pertama dengan mengumpul 88 peratus markah.
Kedua peserta dari PAS Kuala Krai (82.6 peratus dan ketiga peserta dari PAS Kubang Kerian (80 peratus). Ketiga tiga pertandingan tersebut mengamatkan suasana sambutan rumah terbuka PAS Kelantan.Ribuan rakyat Kelantan menghadiri program terbabit sehingga berlaku kesesakan lalu lintas di semua jalan utama sekitar kawasan berkenaan.





0 Comments