KOTA BHARU: Sejarah kejatuhan kerajaan Othmaniah pada tahun 1924 kerana berlaku perpecahan dalaman hendaklah menjadi iktibar umat Islam sekarang.
Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, tanpa kesatuan ummah menyebabkan umat Islam hilang kekuatan sehingga empayar yang dibina runtuh.
Oleh itu katanya umat Islam hendaklah membina kekuatan dengan keimanan bagi menghadapi cabaran semasa yang berlaku sekarang.
"Umat Islam hendaklah bersatu padu walaupun di mana sahaja berada termasuk dalam masyarakat majmuk di negara ini," katanya pada amanah sempena Hari Ternuka PAS Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.Hadir sama Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassurudin Daud, Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Dato Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi Bersatu Kelantan Dato Kamarudin Md Nor, Ketua Penerangan PAS Negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud.
Turut hadir wakil Gerakan, pondok, Sami Buddha, masyarakat India dan badan-badan bukan kerajaan.Ustaz Mohd Nassurudin pula berkata, masyarakat majmuk di Kelantan seumpama satu keluarga yang bernaung di bawah kerajaan Islam.
"Sekarang Kelantan diterajui di bawah dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam membolehkan masyarakat hidup keadaan harmoni dan bahagia," katanya.



0 Comments