KOTA BHARU: Pertandingan teh tarik lelaki dan pembuatan roti jala wanita memeriahkan sambutan Rumah Terbuka PAS Kelantan hari ini.
Pelbagai gaya dan lagak dapat disaksikan oleh peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Ada yang mempersembahkan cara membuat teh tarik bermula dengan tarian silat.
Malah ada peserta yang mempersembahkan gaya membuat teh tarik sehingga tertumpah ke atas baju. Sebahagian peserta berpakaian tradisional sehingga menarik perhatian ramai penonton.Khemah tarawih di Madinah Ramadan menjadi lokasi tempat penganjuran rumah terbuka tersebut yang menjadi acara tahunan di Kelantan sempena sambutan Aidilfitri.Pelbagai juadah disediakan 14 kawasan PAS di Kelantan. Turut menyediakan menu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dewan Muslimah, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Badan Perhubungan PAS Kelantan.
Turut kelihatan sami-sami Buddha, penduduk pelbagai kaum dan wakil-wakil badan bukan kerajaan. Jamuan dijangka bermula jam 10.30 pagi.




0 Comments