Kerajaan perluas bayaran hasil secara 'online'

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha memperluaskan kaedah pembayaran hasil  melalui secara atas talian bagi memudahkan urusan rakyat.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, pembayaran secara atas talian dibuat melalui portal Hasil Tanah Kelantan di Pejabat Tanah dan Jajahan.

Selain itu, katanya meningkatkan penerima gunaan sistem urusan tanah secara digital supaya semakan dan pembayaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

“Kerajaan negeri menggalakkan integrasi perkhidmatan tersebut dengan gerbang rasmi perkhidmatan kerajaan, sistem pembayaran tanpa tunai dan pada peringkat seterusnya membangun identiti digital Kelantan atau Kelantan ID.

“Bagi pihak berkuasa tempatan pula, tumpuan diberikan kepada peluasan perkhidmatan dalam talian yang mempunyai hubungan langsung dengan rakyat dan peniaga,” katanya ketika menjawab soalan Nor Asilah Mohamed Zin (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Menurutnya program yang digariskan merangkumi peluasan pembayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun secara dalam talian, termasuk melalui kemudahan MyKiosk di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kata beliau usaha juga dilakukan dengan menambahbaik sistem permohonan dan pembaharuan lesen premis perniagaan supaya dapat dilaksanakan secara dalam talian.

“Dan seterusnya bergerak ke arah perkhidmatan di semua peringkat. Ketiganya, peluasan penggunaan OSC 3.0 Plus Online untuk percepat urusan permohonan dan keluasan pembangunan.

“Turut diberi tumpuan peluasan penggunaan sistem pengurusan menara telekomunikasi di PBT dan mewujudkan sistem pembayaran petak letak kenderaan melalui aplikasi mudah alih di semua PBT,” ujarnya.

 

Post a Comment

0 Comments