Anak muda lebih minat PN berbanding PH

 KOTA BHARU: Sokongan anak muda kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) didapati meningkat berdasar statistik Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada awal Ogos lepas.

Peratus undi yang diterima PAS dan PN pada PRN tersebut iaitu sebanyak 65 peratus berbanding 30 peratus kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, anak muda rata-rata menyambut dengan tangan terbuka terhadap penyatuan ummah yang dirintis PAS sekarang.

Katanya, berdasar jumlah penduduk Malaysia sekarang berjumlah 34.2 juta dan 60-65 peratus daripadanya berusia di bawah 40 tahun.

“Ini bermakna anak-anak muda di mana sahaja majoriti berusia di bawah 40 tahun. Sokongan anak muda kepada PAS meningkat. Setiap hari mereka sentiasa mencari berita-berita berkaitan PAS,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar PAS kali ke-72 di PUTIK hari ini.

Afnan juga berkata, anak-anak muda tidak cenderung kepada mana-mana parti politik, sebaliknya menyatakan sokongan tanpa menyertai parti politik.

Menurutnya anak-anak muda berminat menyertai konvoi yang dianjurkan PAS, namun tidak berhasrat menyertai PAS secara rasmi.

“Ikut konvoi motosikal boleh, tetapi kalau diminta mengisi borang menyertai PAS mereka tidak berminat pula. Anak muda juga mahu cepat mendapat jawapan terhadap isu-isu yang berlaku,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya berkata, PAS bersedia menyelamatkan negara dan siapsiaga menuju ke Putrajaya pada PRU16.

 

 

Post a Comment

0 Comments